Tuesday, March 24, 2015

Kebaikan Susu Ibu

Sunyi rase tak de anak nie, aku redha. Ini ketentuan Allah. Arwah Anas seorang yang aktif, ade la sekali demam 26 Februari 2014 then, aku bawak ke hospital. Malangnya, doktor bahagian emergency tak refer ke doktor bahagian pediaktrik. Aku ade bagitahu doktor Anas ade batuk, hidung tersumbat, tiap kali lepas menyusu mesti muak, n then kaki tangan selalu sejuk. Tapi doktor cakap biase..biase,,n biase. Dari yg biase tu la jadi luar biase. Anas dh tak de. Doktor pediatrik cakap kaki n tangan sejuk tu tanda jangkitan kuman. Anas dh kritikal mase tu, tapi Anas dapat bertahan disebabkan susu ibu. Nie ade review sikit tentang kebaikan susu ibu.


Kebaikan Susu Ibu
Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

So the conclusion, kepada mummies di luar sne susuilah bayi anda. SUSU IBU HAK ANAK. Susukan anak adalah hak ibu bukan hak lembu. Sekian entry nie.  



No comments :

Post a Comment