Tuesday, March 24, 2015

Anakku Muhammad Anas, Ummi rindu...

Assalamualaikum. Alhamdulillah, tak lame Ct kawin Ct disahkan pregnant. Ya Allah, syukur tak terhingga. Kandungan dijaga sebaik mungkin sehinggalah menuju hari kelahiran sang permata hati. Aku dimasukkan ke wad pada 12 Disember 2014 di Hospital Kajang. Mase tu dah ade simptom2 nak deliver tapi bukaan baru 1 cm. Doktor cakap aku akan bersalin secara induce sebab aku dah terlebih hari, sepatutnya due date 4 Disember 2014, nk wat guane baby tak mau keluar.

13 Disember 2014, aku still tak deliver lagi. Doktor masukkan ubat induce kol 6 petang lebih2 gitu, kol 8 malam aku dh start rase kontraksi. Aku dimasukkan ke labour room. Tepat pukul 2.37 pagi, tanggal 14 Disember 2014, lahirnya seorg khalifah ke dunia fana nie. Muhammad Anas seberat 3.13 kg. Besau jgk anak aku nie, itu la last minute makan pisang..tak dengor cakap orang tua2 jangan makan pisang nanti baby besar.

Muhammad Anas

Tak sampai 5 jam, doktor check baby kat wad. Baby aku dimasukkan ke SCN @ NICU sebab jangkitan kuman kat paru2. Sedihnyer Allah yang tahu. 16 hari jugak baby kene tahan. 

Bagi aku n family, Anas merupakan kurniaan terindah bagi kami. Belum habis pantang lagi, kepala dah boleh tegak. 2 bulan setengah dah boleh meniarap. Dah pandai senyum n cakap maaamaaaa... Subhanallah, cukup indah.

19 Mac 2015..Subuh itu cukup menyedihkan kami. Anas pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya. Allah yg tahu hati aku camner. Pagi itu, Anas dah tak bernafas, dah terkulai. Tapi, aku bawa juga Anas ke hospital. Dokto sahkan Anas dah tak de. Hati ibu mana yang tak sedih, bawa jenazah anak ke bilik mayat untuk dipost mortem. Dalam dakapan aku nie anak yang aku lahirkan, susukan, dodoikan..aku berzikir banyak2. Keputusan post morte menyatakan Anas dijangkiti d paru2 lg. Paru2 kanannya dah bernanah. Allahuakbar!!! Sungguh kuat anakku menahan sakit. Anas mampu bertahan disebabkan susu ibu, penyakitnya dh sampai tahap kronik. Anak, 96 hari awak hidup di dunia ini cukup tinggalkan 1001 kenangan buat ummi. Terima kasih anakku...Muhammad Anas. Rupanya rahim ummi nie pernah dihuni seorang penghuni syurga. 




No comments :

Post a Comment