Tuesday, October 6, 2015

Set Berpantang

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...aku disahkan pregnant. Sekarang kandungan dh masuk 26 minggu. Allah Maha Mendengar. Terima kasih Allah.


Then, bermula la episode yang menghantui para ibu sekalian...iaitu SET BERPANTANG!!!
Mimpi ngeri kalau time berpantang kene sembelit. Aku la tuuuu...... First time berpantang aku guna D'Herbs. Terpengaruh dengan terlajak laris tu.


Aku guna hokeh2 laaa... Alhamdulillah, luka jahitan tak sampai seminggu dah sembuh. Tu aku tambah lagi minum jus manjakani pure punyer mak mertuaku buat. Tak silap aku, manjakani plus pegaga. Rasa memang pahit, tapi nak ihat kan. Aku tak berapa ingat berapa barang2 dalam kotak set bersalin D'herbs tu. Tapi aku guna so far, Alhamdulillah berkesan. Susu pun ok, baby tak kembung. Harga pun mampu milik. Cuma sembelit tu la masalahnya.


Untuk berpantang kali kedua nie..aku ingat nak try Nona Roguy, but dalam dilemma NR ke Amway???
Sekian la dariku yang dalam dilemma.............

Monday, March 30, 2015

Rindu Awak Allah Yang Tahu!!!

Assalamualaikum

Sape name die Muhammad Anas..... Ya Allah, rindunye pada Anas. Allah yang tahu bagaimana sakitnye rindu nie. Terbayang2 wajah sucinye tersenyum, terngiang2 die menangis. Ya Allah.....indahnya ciptaanMu. Aku sebagai hambaMu memang layak diuji. Ya Allah, terima kasih atas pinjaman yang seketika ini, setiap detik bagi aku n Anas sungguh berharga. Anakku Muhammad Anas, nanti jumpe ummi n ayah kat sana ye sayang. Anas baik2 di sana. Ummi n ayah sayang Anas...

Thursday, March 26, 2015

SPA oh SPA!!!!

Assalamualaikum...
Al-kisah tentang SPA pulak. Alhamdulillah, baru jer 3 hari tukar alamat kat Selangor, berduyun2 surat panggilan temuduga SPA sampai umah. Sume interbiu aku pegi, dlm pantang pon aku pegi. walhal baru 5 hari berpantang, duduk la senget2 pon, semangat nak keje beb! Alhamdulillah, dapatla simpanan lantikan jer...ok la, dari tak dek langsung.


Tuesday, March 24, 2015

Kebaikan Susu Ibu

Sunyi rase tak de anak nie, aku redha. Ini ketentuan Allah. Arwah Anas seorang yang aktif, ade la sekali demam 26 Februari 2014 then, aku bawak ke hospital. Malangnya, doktor bahagian emergency tak refer ke doktor bahagian pediaktrik. Aku ade bagitahu doktor Anas ade batuk, hidung tersumbat, tiap kali lepas menyusu mesti muak, n then kaki tangan selalu sejuk. Tapi doktor cakap biase..biase,,n biase. Dari yg biase tu la jadi luar biase. Anas dh tak de. Doktor pediatrik cakap kaki n tangan sejuk tu tanda jangkitan kuman. Anas dh kritikal mase tu, tapi Anas dapat bertahan disebabkan susu ibu. Nie ade review sikit tentang kebaikan susu ibu.


Kebaikan Susu Ibu
Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

So the conclusion, kepada mummies di luar sne susuilah bayi anda. SUSU IBU HAK ANAK. Susukan anak adalah hak ibu bukan hak lembu. Sekian entry nie.  



Anakku Muhammad Anas, Ummi rindu...

Assalamualaikum. Alhamdulillah, tak lame Ct kawin Ct disahkan pregnant. Ya Allah, syukur tak terhingga. Kandungan dijaga sebaik mungkin sehinggalah menuju hari kelahiran sang permata hati. Aku dimasukkan ke wad pada 12 Disember 2014 di Hospital Kajang. Mase tu dah ade simptom2 nak deliver tapi bukaan baru 1 cm. Doktor cakap aku akan bersalin secara induce sebab aku dah terlebih hari, sepatutnya due date 4 Disember 2014, nk wat guane baby tak mau keluar.

13 Disember 2014, aku still tak deliver lagi. Doktor masukkan ubat induce kol 6 petang lebih2 gitu, kol 8 malam aku dh start rase kontraksi. Aku dimasukkan ke labour room. Tepat pukul 2.37 pagi, tanggal 14 Disember 2014, lahirnya seorg khalifah ke dunia fana nie. Muhammad Anas seberat 3.13 kg. Besau jgk anak aku nie, itu la last minute makan pisang..tak dengor cakap orang tua2 jangan makan pisang nanti baby besar.

Muhammad Anas

Tak sampai 5 jam, doktor check baby kat wad. Baby aku dimasukkan ke SCN @ NICU sebab jangkitan kuman kat paru2. Sedihnyer Allah yang tahu. 16 hari jugak baby kene tahan. 

Bagi aku n family, Anas merupakan kurniaan terindah bagi kami. Belum habis pantang lagi, kepala dah boleh tegak. 2 bulan setengah dah boleh meniarap. Dah pandai senyum n cakap maaamaaaa... Subhanallah, cukup indah.

19 Mac 2015..Subuh itu cukup menyedihkan kami. Anas pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya. Allah yg tahu hati aku camner. Pagi itu, Anas dah tak bernafas, dah terkulai. Tapi, aku bawa juga Anas ke hospital. Dokto sahkan Anas dah tak de. Hati ibu mana yang tak sedih, bawa jenazah anak ke bilik mayat untuk dipost mortem. Dalam dakapan aku nie anak yang aku lahirkan, susukan, dodoikan..aku berzikir banyak2. Keputusan post morte menyatakan Anas dijangkiti d paru2 lg. Paru2 kanannya dah bernanah. Allahuakbar!!! Sungguh kuat anakku menahan sakit. Anas mampu bertahan disebabkan susu ibu, penyakitnya dh sampai tahap kronik. Anak, 96 hari awak hidup di dunia ini cukup tinggalkan 1001 kenangan buat ummi. Terima kasih anakku...Muhammad Anas. Rupanya rahim ummi nie pernah dihuni seorang penghuni syurga. 




Monday, August 4, 2014

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...mood raya lg kn3!!! Hihi

lame benor tak update blog, bkn update..tp blog nie dipinggirkan plak,huhu
sekarang ct berblog berstatuskan seorg isteri, cpatnye mase berlalu...bergelar isteri ketika usia 22 tahun, begitu byk dugaan yg dihadapi untuk sampai ke saat ini, innallaha ma'ana!!! ct berpegang pada kata2 ini. Perkara yg baik mmg byk dugaan. Alhamdulillah Allah permudahkan. Amin.



Friday, December 20, 2013

Me, myself & I...

Assalamualaikum...

Cukup panggil Ct je... Bkn Siti Nurhaliza n bukan Cik Siti Wan Kembang ok!
Nama abah aku bagi Siti Nur Farahin. Umur aku taun nie 23 tahun. It's not too late to create this blog. Better late than never. (^_______^)

Aku akan update entry2 seterusnya kalau ade kelapangan n of course kalau ade subsidi internet..hihi.. Walopun tak de sape nak bace entry ak, aku tetap nak update.

To be continued ^_^